February 7, 2013

Homstay selain Sweet Asya Homestay di Bertam

Di sini kami senaraikan pautan-pautan homestay-homestay lain selain daripada Sweet Asya Homestay yang terletak di sekitar Bertam, khususnya di kawasan Bandar Putra Bertam dan Bertam Perdana.

Mungkin Sweet Asya Homestay tidak memenuhi citarasa atau keperluan anda atas sebab-sebab tertentu, seperti agak luas berbanding bilangan orang dalam kumpulan anda, atau tidak memerlukan bilik yang banyak, atau lokasi yang kurang strategik, atau harga yang tidak menepati belanjawan anda (walaupun berpatutan :) ), atau kelengkapan yang tidak sesuai dengan jiwa anda, atau apa sahaja sebab sekalipun.

Mungkin juga anda sebagai penyewa ingin menyewa lebih daripada sebuah rumah selain daripada Sweet Asya Homestay. Barangkali kerana jumlah yang ramai dalam kumpulan anda, mungkin terdiri daripada beberapa keluarga, dan sebagainya.

Jadi senarai ini boleh digunakan untuk anda layari dan hubungi sendiri homestay-homestay tersebut untuk tujuan tempahan atau pertanyaan.

* Hanya homestay yang mempunya laman sesawang sendiri sahaja yang disenaraikan di sini.

Homestay Al-Hasanah
Homestay D Putra
Deraina Homestay
Bertam Homestay
§

January 27, 2013

Sweet Asya Homestay Owners

Sweet Asya Homestay merupakan kepunyaan mereka ni... Empat orang adik-beradik...

Gambar tahun 2012, Mid Valley
Dari kiri: Arifah Syakirah, Adilah Syafiyah, Aqilah Syadiyah, Afiqah Syahirah

Gambar tahun 2010, Putrajaya

Gambar 2013, Karnival Visit Malaysia Year, Bukit Jalil

Ianya merupakan hadian pemberian daripada Tokmama dan Tokbaba kepada mereka. Tak dapat nak duduk di sini lagi buat masa ni, jadi dimanfaatkan menjadi perkhidmatan homestay. §

Homestay vs. Hotel (khususnya di kawasan Bertam)

Mari kita perhatikan perbandingan dia antara penginapan di homestay dan di hotel, khususnya di kawasan Bertam (mungkin ada sedikit perbezaan dan persamaan berbanding kawasan lain).


Harga: Kalau homestay, bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis rumah apartmen atau teres setingkat atau dua tingkat, kelengkapan yang ada dalam rumah tu, lokasi, dan sebagainya. Kalau rumah teres setingkat harganya dalam lingkungan RM150. Rumah teres dua tingkat dalam lingkungan RM200 - RM250. Di Bertam tiada rumah apartmen, jadi homestay jenis apartment pun tiada. Hotel pulak, kalau dibandingkan dengan saiz bilik, secara umumnya adalah lebih mahal berbanding homestay.

Kapasiti: Kalau hotel, mereka agak tegas dalam memastikan supaya bilangan penginap dalam satu bilik adalah tidak melebihi kapasiti yang ditetapkan. Kalau nak tambah boleh, tapi kena tambah tilam dan tambah bayaran. Selalunya setiap bilik cuma boleh muat dengan selesa kalau tambah lagi 2 orang je. Lebih dari tu dah tak selesa. Kalau homestay, lebih fleksibel, tambah ramai-ramai pun takde masalah selagi ada ruang nak tidur. Kadang-kadang ada juga disediakan tilam dan bantal tambahan tampa kos tambahan. Lebih ekonomikal kalau duduk beramai-ramai.

Lokasi: Jarak antara tempat penginapan dan tempat tujuan. Kalau nak pegi kenduri kawin atau melawat sanak saudara di kampung halaman, atau hantar anak-anak ke pusat pengajian, mungkin hotel jaraknya agak jauh sebab kebiasaannya ia berada di pusat-pusat bandar dan pekan. Tapi kalau homestay, mungkin ada terdapat di kawasan-kawasan taman perumahan yang lebih dekat dengan kawasan desa.

Kebiasaannya tiga keriteria di atas adalah yang paling utama dalam menentukan samada nak menginap di homestay atau di hotel. Kalau berseorangan atau dalam kumpulan kecil (2-3 orang) mungkin lebih ekonomikal untuk menginap di hotel. Tapi kalau berkeluarga, rombongan dan sebagainya, lebih ekonomikal dan juga praktikal untuk menginap di homestay.

Lain-lain: Fasiliti kat hotel kebanyakannya adalah lebih lengkap. Ada kolam renang, gym, spa, bilik mesyuarat, dewan konferens, ballroom, dan sebagainya. Tapi di Bertam takde kot hotel yang ada kolam renang dan gym. Di Bertam ada satu je hotel besar. Yang lain mungkin ada yang di lot-lot kedai dan pusat-pusat komersil.
Duduk di hotel pula agak melecehkan terutamanya kalau bawa banyak barang ataupun ramai anak-anak kecil, sebab kena naik turun lif, dan banyak kena jalan dari tempat letak kereta nak ke bilik. Kalau di homestay, kereta boleh parkir depan rumah je, tak payah penat jalan jauh-jauh usung barang atau dukung orang keluar masuk.
Lagi satu, kalau bawa basikal untuk menyertai aktiviti kayuhan, di hotel susah atau tak dibenarkan bawa basikal masuk ke dalam bilik. Tapi di homestay takde masalah, boleh bawa masuk simpan sebentar di dalam rumah, jadi lebih selamat. Boleh letak kat kawasan dapur. Nak basuh basikal kat luar pun senang.

Jadi, ianya bergantung kepada beberapa perkara bagi menilai yang mana lebih baik, homestay ataupun hotel. Hanya anda sendiri sebagai pengguna yang dapat menentukannya. Tepuk dada tanya selera bak kata orang. Di Bertam, homestay banyak, hotel pun ada. §

January 24, 2013

Gambar-gambar terkini

Sebelum ni gambar-gambar diambil menggunakan iPad sahaja jadi kualitinya agak kurang memuaskan. Kalini gambar diambil menggunakan kamera betul pula, tapi jenis point-and-shoot sahaja... Walaubagaimanapun kualiti adalah lebih memuaskan berbanding dengan yang dulu. Akan datang la kot mungkin akan ambil gambar baru menggunakan kamera DSLR pulak kalau berkesempatan...

Ruang tamu yang selesa

Ruang pintu masuk dan ruang makan

Ruang dapur yang lengkap dengan peralatan yang disediakan

Ruang di tingkat atas dan bilik tidur utama

Bilik tidur kedua dan ketiga

Tandas yang bersih

Sekiranya anda berkunjung ke Bandar Putra Bertam dan menginap di Sweet Asya Homestay, kami berharap anda akan mendapat pengalaman penginapan yang selesa dan memuaskan hati. §

December 29, 2012

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Sweet Asya Homestay.


Kami menyediakan perkhidmatan homestay di kawasan Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang.
Diharap agar blog ini juga dapat dimuatkan dengan pelbagai maklumat yang bermanfaat, khususnya mengenai apa-apa saja yang berkaitan dengan industri homestay. §